Saturday, November 04, 2006

How It's Started..

Semua bermula pada hujung tahun lepas (2005) apabila aku dpt email dari sorang kwn perempuan aku ni.. dlm email tu ada cerita yg di 'copy' dari satu website yg ditulis oleh Mak Andeh.. Aku pun wonder gak... siapa Mak Andeh ni? Mak Andeh ke Mak Andir ha?? Pak Pandir.. isterinya Mak Andir la kan? whatever la ..So.. bermula dari situ.. aku pun terus la surf web site ni Mak Andeh dan dari situ la aku mula kenal perkataan 'blog' ni..

Dari situ baru aku tau... rupanya ada kehidupan lain di internet ni yg aku sangka hanyalah berkisar tentang surfing, email, chating.. tak sangka pulak kita boleh sharing apa2 saja cerita dgn semua orang tanpa org tau siapa kita.. menarik ni..

Kemudian, aku cerita kat wife aku mengenai dunia blogging ni.. dan dgn tak disangka-sangka.. wife aku pun berminat gak dan dgn bantuan aku.. wife aku pun jugak ada blog nya sendiri... walaupun jarang dia update... ahaks... nanti-nanti aku publish kan blog dia..

Wife aku ni pun.. dari blog Mak Andeh.. banyaklah jugak dia surf dari link kat blog tu.. dan dia add dlm 'Favorites List' dia.. aku lak.. walau pun Mak Andeh tu perempuan... dan cerita lak berkisar tentang family n life dia.. tapi aku tertarik dgn cara penulisannya.. dan juga pengajaran2 yg boleh diambil dari cerita2 dia.. so bile takde update dari Mak Andeh, aku pun surf la ke blog lain yg telah di 'favorites' kan oleh wife aku ni.. maka lepas tu aku pun baca la blog Kak Teh berkisar mengenai kerjaya dan kehidupannya di kota London .. menarik ni... aku memang dari kecil lagi.. suka sangat baca kisah2 pengembaraan dan kehidupan orang2 kita di luar negara..

Dari situ.. aku cuba2 cari kot2 ada blog org melayu di Cardiff.. kenapa aku cari Cardiff? sebab aku pernah duduk di Cardiff ni selama 2 tahun.. nanti aku cerita kisah2 aku kat sana.. dan kenapa zaman aku kat oversea dulu tak ada lagi blog-blog ni? ke.. aku yg tak tau... kalau tak senang sikit aku nak buat catatan mengenai kehidupan aku di sana... dan aku rinddduuuu giler nak gi sana... dari tahun ke tahun... hingga dah 9 tahun masa berlalu.. aku still tak dapat nak jejakkan kaki aku ke sana... lalu tanpa sengaja.. aku terjumpa Life In Cardiff.. dan aku sukaaa sangat baca tulisan Juwaidah berkisar mengenai kehidupan dia dan ragam 3 orang anaknya di Cardiff.. aku kagum dengan semangat dan ketabahannya utk menyambung pengajian dan hidup bersama 3 anaknya di rantau orang walaupun tanpa suami disisi (suami dia kat Malaysia).. dan setiap kali aku baca blog dia... aku rasa dekat sangat dgn diri aku pasal... kebanyakan tempat2 yg diceritakan tu... aku pernah pergi dan ada kenangan tersendiri bagi aku.. begitu juga dgn photo2 yg diselitkan bersama tulisannya.. pasti menggamit memori indah sewaktu aku di sana suatu waktu dulu..

Kemudian.. terjumpa lak link ke blog ni BISUTULIBUTA .. menariknya blog ni ialah kerana cerita2 nya mengenai diri Bro BTB ni yg seperti roda yg suatu waktu dulu pernah berada di atas... kemudian ke bawah dan kini aku rasa kembali berada di atas... dari cerita2 pengalaman dan pengembaraannya.. baru lah aku tau ada gak rupanya org Melayu yg mengalami pengalaman sedemikian.. yg tak pernah terfikir oleh aku. . banyak pengajaran yg boleh diambil yg boleh mengajar aku supaya menjadi org yg lebih tabah dlm kehidupan ini... walaupun kengkadang BTB ni ada time2 merapunya... tapi aku rasa still informative.. tapi lately aku tengok.. dah lain macam blog BTB ni... tak tau la aku apsal...

Dan.. blog yg terakhir yg aku nak ceritakan ialah Dendam Perantau yg mana blog ni aku belum habis baca hingga current entry... still baca archieve dia.. apa yg aku suka pasal blog ni ialah... menceritakan pengalamannya ketika belajar di UK, then pengembaraannya di Europe dan juga kehidupannya sebagai 'Bangla' di US.. hehe.. dan ceritanya bukanlah seperti kebanyakan cerita2 yg biasa kita dengar.. dan aku amat kagum dgn semangat yg dimiliki.. ketabahan... kejujuran.. semangat setiakawan yg sangat susah utk kita jumpa.. ia banyak membuka mata aku pada kehidupan aku seharian.. tanggapan aku kpd org lain... banyaklah pengajaran yg aku perolehi... dan yg paling penting... dari blog ni la yg membuat aku bersemangat utk mempunyai blog aku sendiri.. Belum apa2 lagi.. aku dah promote blog2 nih.. hehe..semua blog tu aku dah baca dari first entry.. hingga la ke current situation.. dan aku hanya menjadi silent reader... cuma sesekali je aku menyampuk kat blog Juwaidah tu..

Aku akui.. aku seorang yg sangat pelupa... kehidupan aku di zaman kecil.. remaja... waktu belajar.. zaman pekerjaan... banyak yg aku dah lupa... nak kata aku tua... takde lah tua sangat.. so.. aku rasa.. dengan adanya blog ni... dapat lah aku membuat catatan pengalaman dan kehidupan aku.. sebagai rujukan aku di masa akan datang.. dan juga mungkin pengalaman aku ni boleh dijadikan pengajaran (jika ada laa) kepada org yg terjumpa blog ni..

Cuma.. aku tak tau camne nak menulis.. aku tak pernah menulis diari.. kecuali waktu 2 tahun aku di Cardiff yg lalu.. tu pun... tulis mcm nak taknak je.. kadang2 sebaris je sehari.. aku pun tak tau kat mana aku dah letak diari tu.. tapi.. selepas aku baca blog Dendam Perantau aku pun terfikir.. joe menulis berdasarkan kehidupan hariannya.. dgn menggunakan bahasa2 yg biasa dan mudah.. tanpa ayat yg berbunga dan berbelit-belit.. bahasa harian je.. dulu aku expect... kalau nak tulis kena mcm style Mak Andeh tulis.. nampaknya sampai mati la aku takde blog.. lalu.. dengan hanya bergantung kpd tulisan yg bahasa biasa2 ni.. maka hari ni.. Saturday, 4th November 2006.. dengan secara rasminya lahirlah blog ni yg aku namakan It's My Life.. Salam Perkenalan dari aku -enzo-