Sabar Itu Indah..
Renungilah firman ALLAH Taala.
Ertinya:Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik.
Al-Ma'arij-5
Ada ketikanya kamu tertanya-tanya di dalam hatimu.
Apakah keindahan yang terdapat di dalam sifat sabar itu?
Ia adalah keindahan jiwa yang tenang dan reda kepada ALLAH.
Yang meyakini bahawa ia tidak memiliki sedikit pun kekuatan.
Kerana segala sesuatunya berada di tangan ALLAH...
DIA pemilik segala sesuatu dan selainnya adalah milik Nya.
Makhluk tidak mampu menolak dengan apa yang telah ditentukan ALLAH.
Dengan itu hati menjadi sabar dan tenang.
Tanpa berkeluh kesah, bersedih apatah lagi bersusah hati...
Bersabar atas kejadian yang menimpa itu indah.
Sabar bermanfaat bagi kaum yang ditimpa kepedihan.
Sabar sebagai sandaran ketika ditimpa musibah.
Bila kamu ditimpa kesusahan sepanjang waktu...
Manusia yang sabar akan dipenuhi keperluannya.
Dia menuju pintu kebahagian.
Kebaikan ada dalam kesabaran.
Kesabaran pasti membuahkan hasil pahala...
Life..
Life is too short to wake up with regrets.
Love the people who treat you right.
Forget about the ones who don't.
Believe everything happens for a reason.
If you get a second chance, grab it with both hands.
If it changes your life, let it.
Nobody said life would be easy.
They just promised it would be worth it.
..Al-Quran Ada Jawapannya..
KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
'Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ' - Surah Al-Baqarah ayat 286.
KITA BERTANYA: KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
'Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.' - Surah Al-Imran ayat 139.
KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
'Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk' - Surah Al-Baqarah ayat 45.
KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
'Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... - Surah At-Taubah ayat 111.
Girl vs Boy
Betul ke??
Lagu Cinta Kita
Aku percaya.. setiap orang ada lagu cintanya yg tersendiri.. lagu tersebutlah yg menjadi tema sepanjang percintaan mereka.. samada suka..duka.. kecewa.. lagu tersebut akan dikenang sepanjang hayat.. begitu juga aku..
RatukuBisikan yang pertama
Membawa erti untuk selamanya
Aku bagai tak percaya
Apa yang telah pun kurasa
Engkau bagaikan ohhh… permataku
Engkau pun jua ratuku
Engkaulah segalanya
Engkaulah hanya untuk diriku
Aku hanya untukmu
Itulah janjiku padamu
Kita bagaikan ombak dan pantai
Tidakkan terpisah lagi
Walaupun pasangnya
Walaupun surutnya laut
Ratapan naluri
Memanggilkan namamu
Kerana pertemuan ini
Akanku abadikan
Segala memori
Kulewati waktu itu
Didalam pelukanku
Gugurnya pemisah
Di antara kita terbinanya
Satu mercu tanda
Cinta yang setia
Meredahi masa meniti usia
Hingga keakhirnya
Ku abadi cinta dihati ini
Dihati ini…
Ratuku
I'm back
Dah lama betul tak jenguk blog aku ni.. last posting pun dec 2006.. dah hampir 3 tahun!!.. byk nak kena kemas nih.. dah berabuk penuh sawang..hangat2 tahi ayam je masa tu.. kenapa ntah.. tiba2 rasa nak sambung balik blogging ni.. harap2 kali semangat tu terus ada la..hopefully..
Abah...abah semayang apa?
Kadang2 aku balik kerja..penat.. aku selalu lambatkan sembahyang Isyak.. kadang2 tu.. aku tertidur samada atas kerusi atau pun atas lantai dlm bilik aku... wife aku dah paham sangat perangai aku.. memang aku liat nak bangun kalau dikejutkan.. normally dibiarkan aje aku kat situ dan aku akan sedar balik dlm kol 1-2 pagi..
Kakak lak jenis yg sangat rajin utk solat.. tak kira waktu dan tanpa disuruh... kalau dia nampak aje we all nak solat.. mesti dia akan join sebelah dan follow ..
Ada sekali tu.. dalam kol 2 pagi..bila aku tersedar.. teruslah bangun ambil wudhuk dan nak solat isyak ni.. so bila aku bentang sejadah.. tiba2 kakak terbangun dan terus meluru sebelah aku nak semayang.. aku pun buat tak tau je laa... then bila dah habis solat dan doa.. tiba2 dia boleh tanya aku.."Abah.. tadi abah sembahyang apa?".. "Abah sembahyang Isyak la Kakak... kakak dah sembahyang Isyak belum?", aku tanya. "Dah.. tadi dah sembahyang ngan mummy", kata kakak. "Ha tu laa... main meluru je... ngigau ke apa... lain kali tanyalah abah dulu nak sembahyang apa.. dah gi tido", kata aku...
Itu la kakak.. seorang anak yg sgt rajin solat.. dah pandai semua bacaan dlm solat.. dan semoga menjadi anak yg solehah... Insya Allah..